My Kenari

My Kenari

Ahad, 30 Mac 2014

Maksud VPN(VIRTUAL PRIVATE NETWORK)

Rangkaian persendirian maya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari VPN)
Gambaran keseluruhan keterkaitan VPN
Sebuah rangkaian persendirian maya (virtual private networkVPN) ialah sebuah rangkaian yang menggunakan insfrastruktur telekomunikasi awam, seperti Internet, untuk membekalkan pejabat-pejabat jarak jauh atau pengguna persendirian dengan capaian selamat terhadap rangkaian organisasi mereka. Tujuannya adalah untuk mengelakkan sistem talian bermilik atau berpajak yang mahal tetapi boleh digunakan untuk satu organisasi sahaja. Matlamat VPN adalah untuk membekalkan organisasi terbabit dengan kebolehan selamat yang sama tapi dengan kos yang lebih rendah.
Ia mengkapsulkan pindahan data antara dua atau lebih peranti rangkaianyang tidak berada pada rangkaian persendirian yang sama dengan tujuan supaya data yang dipindahkan kekal sulit daripada peranti-peranti lain pada satu atau lebih rangkaian kawasan setempat atau luas yang berselang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan